Saturday, May 11, 2013

Belajar Bina Blog : 11 Mei 2013

Pagi ni bersiap-siap nak ke Kolej Komuniti Hulu Langat.  Nak belajar buat blog. Noni ada berniaga kecil-kecilan untuk kek, biskut, manisan dan lain-lain. Harap-harap dengan nawaitu nak cari extra income menjadi lebih mudah dengan terbinanya blog ini (mudah-mudahan Allah swt membuka jalan, insyaAllah).

Sampai lewat sikit tapi nasib baik sebab kelas belum lagi bermula.....lega betul...Noni ni memang slow learner sikit bab-bab IT ni...tapi nekad nak belajar juga walau macam mana pun.  Yalah, kalo tidak bila lagi nak bermula.....better late than never!

Noni dah lama menjual berbagai jenis biskut untuk Hari Raya....pertama kali jual pada tahun 2004.  Masa tu baru berhenti kerja.  Mula-mula rajinkan diri dengan menghadiri banyak kelas-kelas masakan untuk biskut, kek dan lain-lain lagi. Noni bukannya pandai masak jadi wajib untuk Noni pergi ke kelas.  Nak jadi cerita, ada berkenalan dengan seorang chef dan dari situ bermulanya noni mula cari duit dengan jualan berbagai jenis biskut. Noni hired chef tu untuk baking cookies raya pada tahun tu....Biskutnya memang sedap giler.  Banyak dapat tempahan.  Seronok sangat....

Nak jadi cerita Noni sedang mengandung anak ke-lima masa tu....Jadi, tak berapa nak tengok sangat bila chef dan anak-anak buahnya datang rumah menyiapkan tempahan-tempahan tu.  Sebelum raya memang sibuk deliver biskut-biskut tu ke sana dan ke mari di samping buat jualan di pasar ramadhan.  Tup-tup tak lama lepas tu, mulalah kawan-kawan telefon bagitau biskut-biskut tu tak sedap (sebahagian sahaja).  Terkejut beruk la Noni.  Aiiii, kata chef, takkan end products rasa tah apa-apa.  Hari tu Noni sendiri rasa sampel-sampel biskut sebelum diedarkan.  Sedap bangat!!!  Ni mesti ada yang tak kena.

Noni menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan Chef dan anak2 buahnya.  Yalah, tak tengok langsung kerja-kerja diorang.  Pendekkan cerita, memang Noni malu sangat-sangat dengan kawan-kawan.  Noni ambik balik biskut-biskut yang tak sedap tu dan bayar balik duit...Bermula dari situ Noni benar-benar muhasabah diri dengan mula pergi belajar baking ke kelas-kelas komersial dan sebagainya.  Hinggalah hari ni, Noni masih lagi pergi belajar untuk menambah ilmu.



Kek Red Velvet
 

 
Kek Chocolate Salted Caramel
 

 




Friday, May 10, 2013

Tempahan Sepanjang 3 Bulan Pertama Tahun 2013

Berikut antara gambar-gambar tempahan yang sempat diambil sebelum dihantar.  Ada masa tu, memang terlupa langsung nak ambil gambar.




Fondant

Hari ni dah ada projek nak dibuat. Nak buat bunga-bunga dari fondant.  Bila dah buat nanti Noni post kan ya....Bunga-bunga tu untuk kek kahwin anak buah pada 25 Mei di Muar, Johor.  Mudah-mudahan eloklah kejadiannya.

Berikut ialah fondant yang Noni buat dalam 2 minggu lepas.  Dah lama belajar tapi tak praktikkan.  Pergi lagi kelas untuk warm up balik apa-apa yang dah belajar.